Humaira Online Boutique

.....

About Me

Humaira Online Boutique di usahakan oleh Hajjah Aini yang mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun di dalam bidang haji dan umrah. Kami amat memahami keperluan jemaah haji dan umrah. Butik kami menyediakan barang-barang yang bermutu tinggi buatan tempatan yang di jamin halal dan menepati syara'.

Cara-cara untuk mendapatkan produk kami

Ingin mendapatkan produk kami?

Sila hubungi:

Hajjah Aini
Tel: 017-6281304
email: humairaonlineboutique@gmail.com

Produk kami boleh di dapati melalui:

1. Pembelian terus dari Boutique kami

2. Penghantaran terus ke rumah atau "pick up point" yang dipersetujui. Untuk penghantaran terus, kos penghantaran minima akan dikena.

3. Penghantaran melalui Pos Laju. Kos penghantaran akan di kenakan mengikut berat dan jarak penghantaran.

Thursday, March 4, 2010

abah dan emak

hari ini saya ingin bercerita tentang abah dan emak.saya dan kalian.
saya ingin meminjam kata2 yang ditulis oleh Parlindungan Marpaung bertajuk Mencari Makna Hidup.

sebelum terlambat ada eloknya kita megenang kembali abah dan emak kita yang masih hidup.
adakah kita memerhatikan hari tua mereka dengan saksama dan kasih sayang?
adakah kita merasakan kehadiran mereka sebenarnya menganggu kelancaran bisnes kita waktu ini?

tanpa mereka kita tidak berada di dunia ini.
tanpa jerih perih,doa dan airmata mereka mungkin kita tidak boleh menjadi diri kita saat ini.
diizinkan Allah membangunkan keluarga yang dapat mengecap berbagai bagai kenikmatan.

benar sekali abah dan emak bukannya mendamba wang ringgit tetapi kasih sayang dan perhatian yang ikhlas
abah dan emak hanya mahu ditanya khabarnya dan usapan mesra.serta renungan sayang dari kita.
bukannya masa untuk berdebat atau bermasam muka.

pengalaman di tanah suci menyentuh perasaan saya.saya melihat begitu ramai warga emas
yang dihantar oleh anak2 berseorangan.ada yang terkapai kapai di sana..
bayangkan kala umur 70 tahun ke atas bersendirian.alangkah indahnya kalu kita dapat mengiringi
abah dan mak.berbakti kepada mereka.

ada juga abah dan mak bila sampai di tanah suci,tak tahu nak buat apa.di sinilah peranan kita.
berebut mengejar pahala.jadi nanti orang2 muda bila nampak abah dan mak yang dah tua,bimbinglah
mereka.angkatlah beg2 mereka yang besar mugkin penuh dengan ole ole untuk anak cucu tersayang.
jiwa kasih sayang mereka begitu besar buat keluarga yang ditinggalkan.

saya pernah melihat seorang anak muda yang menjaga seorang ibu tua yang bukan pun ibunya.
dalam bilik yang dihuni oleh 6 orang.mak cik tu sakit dengan batok tak berhenti henti.minyak angin
menyelimuti semua ruang dan gadis itu tetap sabar melayani.dia masih boleh tersenyum.
sedang saya telah mula merasai pening2 lalat..dan mahu beredar segera dari situ...

ibadah haji adalah suatu ibadah yang sangat mulia dan hanya tetamuNya sahaja yang dapat melaluinya.
lalui lah ia dengan ilmu
dengan ilmu memungkinkan kita melakukan ibadah dengan betul dan dapat membentuk jiwa yang taqwa.
jiwa yang taqwa bakal melahirkan kasih sayang yang dapat dirasai oleh semua makhluk ciptaan Allah.
.

No comments:

Post a Comment

Islam in a Nutshell

Islam in a Nutshell
Saya salin gambar ini dari Islamic Information.net... Renungkanlah....