Setiap individu muslim yang mencintai Allah swt dan Rasullullah saw pasti mengimpikan menziarahi kota suci mekah. Rasullullah saw pernah bersabda ketika baginda berada di Hazwara
"Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) ialah sebaik baik bumi Allah dan bagian bumi Allah yang paling dicintaiNya, seandainya aku tidak dikeluarkan darimu,maka aku tidak
akan keluar" Jami' al-Tarmizi,al-manakib (3925)
Begitulah betapa kasihnya Rasullullah ke atas tanah barakah Mekah.
Andai kata saya ditumbuhi sayap.pasti sudah saya kembali ke sana. Setiap kali mengenang mekah
dan madinah bisa mengalirkan airmata rindu..
saya mengingati doa saya tiap kali melakukan tawaf ialah..
"Ya Allah,tetap kekallah kakiku menjejak tanah suciMu."
apakah kalian bisa merasakan rinduku itu?
cubalah datang ke Mekah dan rasailah nikmat itu,wahai saudaraku.tenang,tenteram dan bahagia.
Inilah tanah suci Mekah dengan keutamaan2nya
1. terletaknya Baitullah
2 .kota kelahiran Rasullullah
3. kiblat manusia
4. tidak boleh berlaku pertumpahan darah
5. tempat yang wajb dikunjungi bila mampu
6. solat di masjidil haram diganjari seribu pahala berbanding tempat lain
7. terdapatnya tempat2 mustajab berdoa
8. kota yang dijaga oleh para malaikat waima Dajjal juga tidak boleh mendekatinya
9. kalau melakukan kejahatan maka balasannya dilipatgandakan
10. tempat yang dimasuki dengan kerendahan hati dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia
.
Gambar ini saya pinjam dari Islamic Information.net. Di laman web ini terdapat pelbagai article mengenai islam dan bermacam-macam lagi articles.
Ada juga saya terdengar orang takut nak mengerjakan umrah atau haji.
berbagai bagai alasan.tak bersedialah atau merasakan diri penuh dosa .
tapi manusia manakah yang tidak berbuat dosa?
Kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa berkeluh kesah.
setiap hari membuat silap.dan bila kita buat silap dan dosa,bersegeralah kita memohon ampun kepada Allah swt. bukankah dia Maha Pengampun?
Bukankah kalau seluas lautan pun dosa kita,Allah tetap akan memberi keampunanNya bila kita
bertaubat? kecuali dosa syirik.
Pergilah wahai saudara2ku.
Pasti kalian akan dapat merasai betapa sayu dan kerdilnya kita bila berada di Tanah Arafah.
merasai kecintaan Siti Hajar berlari lari anak di Bukit Safa dan Marwah
menjejaki laluan para anbiya dan para sollehin ketika tawaf.
moga saya dan anak2 diberi rezeki untuk kembali menjejakkan kaki di tanah suciNya pada tahun ini. insyaAllah.
Butik Humaira ini akan dirasmikan sekitar 2 minggu lagi, insyaAllah..
Harapan kami untuk dapat membekalkan segala keperluan para jamaah haji dan umrah dengan harga yang berpatutan. insyaAllah barang2 kami berkualiti tinggi buatan tempatan.
tunggulah kemunculannya ya.
Dan jangan lupa pengisian ilmu ibadah haji