Humaira Online Boutique

.....

About Me

Humaira Online Boutique di usahakan oleh Hajjah Aini yang mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun di dalam bidang haji dan umrah. Kami amat memahami keperluan jemaah haji dan umrah. Butik kami menyediakan barang-barang yang bermutu tinggi buatan tempatan yang di jamin halal dan menepati syara'.

Cara-cara untuk mendapatkan produk kami

Ingin mendapatkan produk kami?

Sila hubungi:

Hajjah Aini
Tel: 017-6281304
email: humairaonlineboutique@gmail.com

Produk kami boleh di dapati melalui:

1. Pembelian terus dari Boutique kami

2. Penghantaran terus ke rumah atau "pick up point" yang dipersetujui. Untuk penghantaran terus, kos penghantaran minima akan dikena.

3. Penghantaran melalui Pos Laju. Kos penghantaran akan di kenakan mengikut berat dan jarak penghantaran.

Showing posts with label Makkah. Show all posts
Showing posts with label Makkah. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

keutamaan mekah al mukarramah

Setiap individu muslim yang mencintai Allah swt dan Rasullullah saw pasti mengimpikan  menziarahi kota suci mekah. Rasullullah saw pernah bersabda ketika baginda berada di Hazwara 

  "Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) ialah sebaik baik bumi Allah dan bagian bumi Allah yang paling dicintaiNya, seandainya aku tidak dikeluarkan darimu,maka aku tidak
                                      akan keluar" Jami' al-Tarmizi,al-manakib (3925) 

Begitulah betapa kasihnya Rasullullah ke atas tanah barakah Mekah.


 Andai kata saya ditumbuhi sayap.pasti sudah saya kembali ke sana. Setiap kali mengenang  mekah
dan madinah bisa mengalirkan airmata rindu..
                       
                                 
saya mengingati doa saya tiap kali melakukan tawaf ialah..
"Ya Allah,tetap kekallah kakiku menjejak tanah suciMu."


apakah kalian bisa merasakan rinduku itu?
 cubalah datang ke Mekah dan rasailah nikmat itu,wahai saudaraku.tenang,tenteram dan bahagia.
 

Inilah tanah suci Mekah dengan keutamaan2nya

1. terletaknya Baitullah
2 .kota kelahiran Rasullullah
3. kiblat manusia
4. tidak boleh berlaku pertumpahan darah
5. tempat yang wajb dikunjungi bila mampu
6. solat di masjidil haram diganjari seribu pahala berbanding tempat lain
7. terdapatnya tempat2 mustajab berdoa 
8. kota yang dijaga oleh para malaikat waima Dajjal juga tidak boleh mendekatinya  
9. kalau melakukan kejahatan maka balasannya dilipatgandakan 
10. tempat yang dimasuki dengan kerendahan hati dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia
.

Gambar ini saya pinjam dari Islamic Information.net. Di laman web ini terdapat pelbagai article mengenai islam dan bermacam-macam lagi articles.  


 Ada juga saya terdengar orang takut nak mengerjakan umrah atau haji.
berbagai bagai alasan.tak bersedialah atau merasakan diri penuh dosa .
tapi manusia manakah yang tidak berbuat dosa?
 

Kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa berkeluh kesah.
setiap hari membuat silap.dan bila kita buat silap dan dosa,bersegeralah kita memohon ampun kepada Allah swt. bukankah dia Maha Pengampun?
Bukankah kalau seluas lautan pun dosa kita,Allah tetap akan memberi keampunanNya bila kita  
     bertaubat? kecuali dosa syirik. 


Pergilah wahai saudara2ku.

Pasti kalian akan dapat merasai betapa sayu dan kerdilnya kita bila berada di Tanah Arafah.
merasai kecintaan Siti Hajar berlari lari anak di Bukit Safa dan Marwah
menjejaki laluan para anbiya dan para sollehin ketika tawaf.
moga saya dan anak2 diberi rezeki untuk kembali menjejakkan kaki di tanah suciNya pada tahun ini. insyaAllah.


                   Butik Humaira ini akan dirasmikan sekitar 2 minggu lagi, insyaAllah..

Harapan kami untuk dapat membekalkan segala keperluan para jamaah haji dan umrah dengan harga yang berpatutan. insyaAllah barang2 kami berkualiti tinggi buatan tempatan.
tunggulah kemunculannya ya.


Dan jangan lupa pengisian  ilmu ibadah haji




Monday, March 1, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wb dear brothers n sisters.

Penglibatan saya dalam biz ni baru sesangat...namun ianya telah ada dalam benak saya sejak sekian lama.
Mungkin kerna cinta yang amat mendalam terhadap dua negeri yang penuh barakah, makkah dan madinah.
mengenangnya sudah cukup bisa mengalirkan airmata rindu.


jadi bila saya dapat peluang berjinak dalam biz ini ianya sudah cukup mengirangkan hati.
azam saya akan dapat mebekalkan bakal jamaah haji dan umro barang2 keperluan haji yang bermutu tinggi
buatan tempatan dengan harga yang sangat berpatutan.


saya mahu menjadikan biz ini ibadah saya dalam mengejar keredhaan dan keampunan RABB.
tapi..brothers n sisters belum lagi bole melihat produk2 saya al maklum dalam construction lagi..



saya telah ke tanah suci pertama kali pada 1992 seterusnya 1997 dan 2003.
masih tidak puas dan kini rindu begitu memakan diri.
inyaallah saya akan cuba merayu pada tahun ini.


dengarnya begitu banyak perubahan telah berlaku di tanah suci
hmm..rasanya sebelum perubahan yang begitu banyak kini, pengalaman yang
lalu lebih mencabar..dahulu kalu nak melontar di jamrah,kus semangat..takut sangat..
bila menoleh belakang kelihatan sisters n brothers dari Afrika atau Turki.
fsikal mereka besar dan tinggi.tapi sekarang tempat melontar dah okey..



saya ada banyak cerita menarik sepanjang pengalaman saya di sana.
nantilah bila ada kelapangan akan saya coretkan,insyaallah.


harapan saya pada sisters n brothers yang akan pergi ke tanah suci,agar memantapkan ilmu
ibadah haji.sekarang di kebanyakan masjid dah buat kursus haji bersiri. pergilah.
berguru dengan buku,pengalaman kawan atau cd tak sama nilainya berguru dengan para ustaz.



saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih pada kak yati, anak2 dan ahli keluarga yang gigih membantu
menyokong usaha ini terutama buat kakak iparku, fazidah kordi dan abangku, azalan omar.
hanya Allah jua yang akan membalas jasa baik kalian

Islam in a Nutshell

Islam in a Nutshell
Saya salin gambar ini dari Islamic Information.net... Renungkanlah....